Cara beranakkan duit dengan menyimpan di bank
Menyimpan duit adalah sesuatu yang penting .Kita diajar sejak kecil lagi tentang simpanan atau menabung.Sering kita dengar pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” dikaitkan dengan simpanan atau menabung .
Apabila melangkah ke alam pekerjaan simpanan akan menjadi keutamaan kita lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai perancangan atau impian dimasa hadapan .Setiap orang menyimpan atas tujuan dan agenda tersendiri,antaranya untuk simpanan masa tua,pelajaran anak-anak,melancong ke luar negara dan macam-macam lagi.
Saya mahu kongsikan cara beranakkan duit dengan
menyimpan di bank.
Zaman sekarang semua orang simpan duit dalam bank apatah lagi kebanyakan orang gaji akan masuk terus ke dalam akaun bank pada hujung bulan kebiasaannya.Simpan dalam bank adalah tempat paling selamat kerana dijamin dan dilindungi oleh PIDM.
Simpanan dalam bank terbahagi kepada 3 akaun,
1.Saving Account (Akaun Simpan)
2.Current Account (Akaun Semasa)
3.*Fixed Deposit (Simpan Tetap )
Apa yang hendak saya terangkan adalah *Fixed Deposit atau nama lain ialah FD.Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “FD” (untuk fixed deposit) di Malaysia,ialah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.
Dalam pelaburan simpanan tetap, faedah hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Ini berlainan dengan akaun simpanan biasa di mana faedah dikira setiap hari dan selalunya dibayar di hujung setiap bulan. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, anda mudah mengira jumlah faedahyang bakal diperolehi pada hujung tempoh pelaburan simpanan tetap.
Bagaimana akaun simpan tetap berfungsi?
Apabila anda melabur dalam pelaburan simpanan tetap, anda selalunyadikemukakan dengan tempoh berbeza atau opsyen jangka masa berbeza seperti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan 1 tahun dan sebagainya.
Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza.
Bank Rakyat menawarkan kadar faedah simpanan tetap seperti di jadual berikut:
Ini bermakna jika anda pilih untuk melabur dalam simpanan tetap dengan tempoh 3 bulan, anda akan mendapat kadar faedah 3.05% setahun pada hujung tempoh 3 bulan tersebut.
Jika anda melabur RM10,000 untuk jangka masa 12 bulan, dengan kadar faedah 3.15%, anda akan dapat pulangan sebanyak RM319.59 di penghujung tempoh pelaburan.
Kadar faedah juga menjadi lebih tinggi sekiranya anda melabur amaun yang tinggi, seperti RM10,000. Jika anda ingin pulangan yang tinggi, anda perlu sentiasa mencari promosi simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Kadang-kadang, kadar faedah setinggi 4.00% bagi tempoh 12 bulan.
Sekiranya,simpanan tetap anda sudah tamat tempohnya, anda boleh pindahkan wang anda ke simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah yang lebig tinggi.
info yg bagus . tq
ReplyDeleteBagus2.info2 macam ni yg kita perlukan
ReplyDelete